Tuesday, 31 December 2013

2013 Melabuhkan Tirai, 2014 Membuka Tirai

 
dan selamat sejahtera. selamat malam. selamat menyambut tahun baru 2014.
 
alhamdulillah. diam tak diam, dah hujung tahun dah. tinggal beberapa jam ja lagi kita akan melangkah ke tahun baru. ok, bila bercakap tentang tahun baru, perkara pertama yang kita fikir adalah tentang AZAM. betul tak? ok, macamana dengan azam 2013 anda? sudah tercapai semuanya? ataupun ada yang terpaksa dipostponed ke tahun 2014? ok apa pula azam 2014 anda?
 
hamboi, banyak pulak soalan dia ya. ok, back to our main story. 2013 dah hampir melabuhkan tirai dalam masa beberapa jam ja lagi. itu bermakna, kita akan tutup buku lama. bukak pulak buku baru. cop! bercakap pasal buku baru, Ana ada terbaca satu status daripada FB yang agak menarik perhatian Ana :
 
" tutup buku lama, bukak buku baru. tapi bagi aku,
setiap kali kita nak tidur, kita akan tutup buku. dan kita akan
buka buku yang baru pada keesokan harinya "
 
ok, lebih kurang macam tu lah ayat dia. ada 2 3 orang yang update status lebih kurang macam tu. ok, apa yang Ana boleh tafsirkan bagi sisi pandanga Ana adalah, setiap hari kita memulakan kehidupan yang baru. dan kehidupan itu akan tamat apabila kita tidur. keesokan harinya, kita akan memulakan hari yang baru lagi. so, apa yang terjadi pada hari ini biarlah menjadi kenangan. walaupun ianya semanis madu, maupun sepahit hempedu. so, jangan biarkan kehidupan kita pada hari ini diselubungi masa lalu. apa yang boleh Ana katakan, semalam telah berlalu. tercoret indah di dalam kotak kehidupan kita. hari ini tetap berlalu. ini lah realiti yang kita tidak pernah bayangkan. dan esok masih lagi menjadi sebuah persoalan yang masih lagi kabur diselaputi kabus.
 
so, dikesempatan ini, Ana nak menyusun 10 jari, memohon ampun dan maaf diatas segala kesalahan dan kesilapan. buat yang mengenali diri ini, halalkan makan, minum, ilmu dan segalanya ya. semoga kita dapat memulakan 'buku baru' 2014 kita dengan penuh kesyukuran. sekian, assalamualaikum.
 
:: oppss! azam Ana untuk 2014? ok, kita kongsikan pada entry akan datang ya :)

Wednesday, 4 December 2013

Dah Sem 5 Rupanya Ana Ni

 
Dan salam sejahtera. Selamat petang. Salam rabu yang penuh kesyukuran.
 
Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak Ana curik masa untuk menghapdet blog kesayangan ni. Alhamdulillah, sem 5 telah pun membuka tirai. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar setakat ini. and hopefully it will be constant. Amin. Kamsis dah okay, kelas pun dah start belajar. Secara overallnya, Ana rasa memuaskan. Lecturer pun Alhamdulillah okay. So, insyaallah tak ada masalah yang serious lepas ni.
Hm, diam tak diam, dah masuk hari ke tiga kelas. Hari pertama memang tak masuk kelas langsung, sebab kiteorang (semua budak DAT sem 5 yang terpilih) kena pergi program Entrepreneurship Technocount Program kat UKM Bangi.
Hari ke dua kelas, pagi kelas Communicative English dibatalkan, sebab Sir ade kursus. Then kelas Management Accounting. Puan Nisrina Abd Ghafar. Sekejap je. Then petang tu kelas Financial Accounting. Encik Saiful Bakhtiar. Wah. Masuk kelas terkejut kot. Sebab ramai sangat. 38 orang. Adoi, serabut sikitlahkan. Tapi insyaallah, it will be okay nanti.
Pagi tadi kelas Puan Nisrina lagi, Management Accounting. Dah cover semua chapter 1. Siap buat mind map lagi. Wah. Excited lah jadinyakan. Then petang kelas Fundamentals Of Auditing, Puan Wido Mes Wati. Olololo… comel je lecturernya. Cute. Sporting. So, Ana bayangkan yang kelas kami tak akan boring lepas ni, insyaallah. Bukan ape, sebab Fundamentals of Auditing totally teory kan. But its okay, we will try our best! Semangat!  Haha.
Kamsis, ok. Ana dapat blok V1.  Sebilik dengan Eyfa. V1-1-29. Wada n Fiza V1-1-30. Lisa V1-3-6, dengan kak Wahida. Ida dan Nana V1-3-?? Haha. Tak ingat bilik berapa. Aina V1-2-??.tak tahu bilik berapa. Sera n Huda V1-1-27. Ha, Nampak tak budak2 kelas Ana dapat duduk dalam 1 blog yang sama? Haha, Alhamdulillah. Apa pun, itu semua ada baik dan buruk nya. Ok? Hm, jam dah menunjukkan jam 6.12 petang. So, Ana nak bersiap2 untuk turun ke Pusat Islam kejap lagi. Sebab malam ni ada ceramah. Ok, sampai berjumpa lagi. Sekian dan Assalamualaikum =)