assalamualaikum dan salam sejahtera.
“.. kita memaafkan
seseorang itu bukan kerana kita lemah,
Tetapi kerana kita
cukup kuat untuk mengetahui
bahawa MANUSIA ITU
SERING MELAKUKAN KESILAPAN…”
ok, hari ni Ana agak busy dekat
opis (tapi sempat juga menjenguk cik blog dan cik muka buku) sebab esok
lecturer Ana nak datang obserb. So, Ana sedikit busy lah nak menyiapkan apa
yang patut. Nak masak nasi baryani, nak pasang red carpet lagi. Nak pasang
belon-belon nya. Ceh, propaganda semata-mata. Ok, sebenarnya Ana busy menyemak
Journal Harian dan Draf Awal Report Akhir Ana. Tambah apa yang patut ditambah
macam figure ke, step-step ke. Whatever lah yang perlu ditambah kan. Dalam pada
sibuk menyiapkan report, Ana sempatlah sambung kerja yang diberi oleh penyelia
Ana, iaitu Cek Wan. Kerja apa? Ala, cek-cek statement ja. La, statement apa
pulak? Ok, statement BTS. Ha,? BTS tu apa pulak? Haha, macam-macam istilah baru
yang Ana belajar bila Praktikal kat Peladang ni. Ok, BTS tu pasal sawit. Ana cek
semula Statement Pembayaran Sawit yang dijalankan pada 09.09.2013 yang lalu. Sebab
ada figure yang keluar 2 kali. Ha,
untung siapa yang dapat. Sebab? Contohnye macam ni. Kalau sawit dia RM1000, dia
akan jadi RM2000 lah. Sebab kat sistem keluar 2 kali. Dalam banyak-banyak
orang, sorang pak cik ni ja yang perasan. Dia datang balik ke Cawangan Sri
Ladang, dia pulang semula duit tu. Hm, jujur betul pak cik ni. Bagus bagus bagus. Bila cek-cek kat sistem,
ada lebih kurang 60 statement yang keluar 2 kali. Hm, nak buat macamana kan? So,
Pihak Peladang ambil inisatif untuk potong duit sawit mereka yang dibayar lebih
tu bulan depan. Senang cerita. Ok, balik pada rutin Ana tadi, Ana dah rasa
macam Ana ni Cikgu (feeling sekejap). Sebab apa tau, Ana kena tanda rait (Ö ) kat tepi figure yang
Ana dah cek tu. Kalau yang ada keluar 2 kali tu, ana kena buat list. Tapi memangh
seronok main tanda-tanda ni kan. Macam cikgu sekolah. Hihi. Tapi memang
cita-cita Ana nak jadi cikgu pun. Tapi, kita tak boleh nak sasarkan pada 1
benda sahaja. Takut nanti kita yang kecewa. Hm, bila terfikir tentang
cita-cita, pasti berkaitan dengan minat kita. Tiba-tiba Ana teringat pesan
Cikgu Suhaila yang comel masa tingkatan 5 dulu (kat SMK Tunku Mahmood
Iskandar):
“…
kalau nak cakap pasal minat, ayah kamu pun tak berminat nak masuk kebun setiap
hari. Mak kamu pun tak minat nak masakkan kamu setiap hari. Cikgu pun tak minat
nak ajar kamu setiap hari. Lebih baik cikgu duduk rumah. Tapi, atas sebab
tanggungjawab, kami semua buat juga semua tu. Letak tepi minat. Pegang tanggungjawab.
Insyaallah, awak akan Berjaya…”
Hm, terngianag-ngiang kat telinga
Ana ni. Cikgu Su memang lembut. Tak pernah marah. Tapi hari tu, dia marah
(tegur secara baik sebenarnya) sebab masing-masing buat tak endah nak study,
sedangkan tahun tu kami akan ambik SPM. Hm, bila teringat kata-kata tu, sayu
pun ada. So, suka Ana ingatkan. Masa depan kita bukanlah bersandarkan apa yang
kita minat semata-mata. Untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, kita perlu
berkorban.
:: pengalaman orang sekeliling :
minat sangat nak jadi arkitek. Tapi amik diploma, ijazah dan master dalam
bidang pertanian dan penternakan. Alhamdulillah, Berjaya sampai sekarang. Ni Insyaallah
otw ke PHD ::
No comments:
Post a Comment