Sunday, 22 September 2013

Cerite Zaman Emak Dan Nenek

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Ok, hari ni Ana mula bekerja semula selepas bercuti selama 2 hari (hari sabtu minggu lepasAna tak kerja). So, hari sabtu malam ahad, Ana and family tidur rumah nenek, sebab mak uda balik. So, macam biasa lah kan, bila dah jumpa ni, macam-macam cerita keluar. So, sebelum memulakan cerita, dapat 1 request suruh buat nasi goreng. Mak oi, dah pukol 12 malam lah. Ana nak jejak kaki ke dapur pun getar. Baru lepas cerita pasal hantu kot. Haha.

Sayang mak cik punya pasal, Ana pun tarik Tiha (adik Ana) dan Ikin (anak mok de Ana) ke dapur. Pung prang pung prang, nasi goring pun siap… so, kami pun makan dengan berseleranya. Habis makan, kiteorang semua pun sambung cerita,, mak, mok de dan nenek dok bercerita pasal zaman sekolah mereka dulu.

So
Ana, Tiha, Rina (anak mok de) dan Ikin pun dengar cerita. At the end, tinggal Ana ja yang tukang dengar. Si Tiha, Rina dan Ikin dah tidur. Haha. Ana tengok jam. Dah pukul 1 pagi. Tapi mereka ber3 masih seronok bercerita. Ana pun jadi seronok mendengar. Bukan apa. Ana memang suka dengar cerita. Nak nak daripada orang ‘lama’ ni. Macam-macam yang kita akan dapt. Pengalaman mereka mendewasakan kita. Itu yang Aa tahu. Bila mereka cerita pasal zaman dulu, Ana rasa macam nak ketawa pun ada, macam nak nangis pun ada.

Hm, kesimpulan daripada cerita-cerita yang Ana dengar, KESENANGAN PADA HARI INI BUKAN DATANG TANPA USAHA PADA MASA DAHULU. BELAJAR LAH DARIPADA KESUSAHAN MASA LALU. Hm. Bila fikir-fikir balik, zaman sekarang ni, semua yang kita nak kita boleh dapat dengan mudah. Nak nak lagi, teknologi semakin berkenbang. Semua dihujung jari ja. Sangat berbeza dengan zaman dulu kala. Ya, walaupun Ana tak lalui zaman tu, tapi Ana nampak semua kesusahan tu daripada cerita mak, mak cik dan nenek Ana.


Anda macamana? Suka dengar cerita dulu-dulu? Jinak-jinak lah dengan zaman dahulu. Tak da dulu, tak da sekarang ya sayang. Apa yang kita kecapi hari ini, kesenangan hari ini, adalah hasil usaha orang dulu-dulu tau. Ingat tu. Kita sama-sama bersyukur lah ya.

No comments:

Post a Comment