Ok, hari ni maybe Cek wan tak masuk lagi. So, semalam Ana
dah ready mintak keje daripade Kak Nazrah. Bukan ape, Ana bosan plus boring
yang teramat bila taka de kerja. Rase macam nak balik pun ade jugak. Haha. Amboi,
kau ingat ini syarikat kau yang punye ke Ana? Haha.
So, hari ni Ana dah ade kerja. So, semangat lah sikit nak pi
opis, sebab dah tahu ape nak buat hari ni. Dalam dok menyebokkan diri buat
kerja (settlekan Nota Hantaran, bla bla bla,,,), sempat jugak jemari Ana ni
menaip entri ni. Haha, nampak tak curik tulang kat situ? Haha. Tak kisah lah
ape pun istilahnye. Kadang-kadang bukan ape. Dari pagi masuk opis, selak fail,
tengok nombor-nombor. Haish, naik juling mate Ana ni. Kadang-kadang pening pun
ade. Nak termuntah lah. Haha, macam-macam kan?
Nak-nak lagi bila bukak sistem, cek senarai name & nilai
hutang or whatever… lagi lah sakit mata. Hm, cermin mate ni tak tau nak upgrade
brape tebal lagi lepas ni. Ok, dalam
pade menaip, mate Ana dari tadi dok curi-curi tengok luar. Tengok cuace kat
luar nun. Gelap je. Hm, dalam kepale, Ana cume bayangkan bantal busuk Ana
memanggil-manggil.
Hm, sedapnye kalau dapat tidur time sejuk-sejuk ni. Haha. Sudah… Pagi tadi hujan lebat. Liat je nak bangun. Ye
lah, hujan-hujan kan sedap tidur kan? Hm. Teringat zaman kecik-kecik dulu. Time
hujan memang seronok. Dok main hujan. Main kejar-kejar dalam hujan. Tunggu air parit naik tinggi-tinggi, nak main
parit (tapi dulu air parit bersih, tak macam sekarang). Mak ape lagi, dok
jerit-jerit panggil Ana dan abang. Mak selalu cakap
“ jangan main hujan,
nanti demam”
Haha, lucu pun ada. Makin mak kate jangan, makin suke lah
Ana dan kawan-kawan lain buat. Termasuk abang Ana. Hihi. Boleh ketawe sendiri
bile ingat semue tu. Tapi ape yang paling mak takut bile hujan ialah bile Ana,
abang dan kawan-kawan lain dok main dalam kolam mandi Atok Mah. Mak kate hujan-hujan ni air dalam. Nanti lemas.
Lagi pun, time macamni ular suke. Haha. Mase tu tak piker pun takut. Ape yang
Ana bayangkan time tu adelah keseronokkan semate-mate.
At the end, demam. Haha. Time demam pun Ana dan abang suke. Sebab,
bile demam, mak dan ayah akan bawak pi makan nasi ayam. Ade 1 kedai ni, nasi
ayam die memang THE BEST. Tapi owner resepi ni dah meninggal beberape tahun
yang lalu. So, anak die sambung. Tapi rase masih same macam dulu. Then bawak
Ana dan abang ke klinik. Balik klinik beli mainan. Sampai rumah, order je nak
makan ape. Nanti mak masak. Hihi. Tu lah masenye nak bermanje-manje dengan mak
dan ayah. Hihi. Gedikkan?
Hm, rindunye dengan kenangan tu. Kalau dapat putarkan masa,
Ana nak balik ke zaman kecik-kecik Ana dulu. Seronok sangat-sangat. Hm. Dulu mase
kecik-kecik Ana tak rapat dengan Tiha (adik). Ana lebih rapat dengan Abang. Sebab
abang dah besar. So, boleh la Ana ikut abang pi mane-mane die pi. Adik mase tu
kan kecik lagi. Malas nak jage pun ade.
So, Ana lebih suke ikut abang. Pi main gasing, lumba lari,
panjat pokok, main kereta control, main basikal. Macam-macam lah. Semua yang
abang buat Ana buat. Ana ikot abang repair basikal. Haha. Dah macam lelaki dah.
Hihi. Seronok sangat masa tu. Sekarang, bile nampak adik-adik Ana membesar
depan mate, Ana akan kate kate,
“ zaman kecik-kecik
sekarang ni dah tak seronok macam zaman kecik-kecik aku dulu”
Betul. Itu yang Ana nampak. Zaman sekarang ni, budak umur 5
tahun dah sebok sane sini dengan ipad. Dok main game. Dieorang dah tak rse
keseronokan main kejar-kejar, main gasing kayu, main pondok-pondok, main parit.
Macam yang Ana pernah rase dulu. Dalam diam, Ana mula bersyukur. Sebab dilahirkan
awal. Sekurang-kurangnye Ana dapat rase pengalaman yang menyeronokkan tu. Hm,
syukur Alhamdulillah. Ok, mesyuarat dah nak start. I have to go. Bye,
assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment